PETALING JAYA – “Asal pergi pantai kena seksi, asal pergi pulau pun kena seksi. Tak faham aku, semoga diberi hidayah.”
Demikian kritikan netizen terhadap pelakon Qistina Raisah apabila tampil dengan baju tanpa lengan ketika bercuti di Pulau Langkawi bersama keluarga.
Perkara tersebut dapat dilihat menerusi hantaran terbaharu dalam Instagramnya yang menampilkan beberapa foto pelakon itu atas kapal.
Dalam hantaran tersebut Qistina atau nama lengkapnya Nur Qistina Raisah Mohd. Kamarol Azri, 16, memakai dres tanpa lengan yang mendedahkan bahagian bahu.
Rata-rata pengikut tidak dapat menerima pemilihan pakaian pelakon filem Rahsia itu yang dianggap keterlaluan.
“Masa awak kecil memang comel pakai apa pun tetapi sekarang sudah besar, pakaian terdedah begini seeloknya jangan muat naik dalam media sosial,” kata pengikut.
“Kalau setakat nak tayang dan tunjukkan awak tiada bulu ketiak tidak perlulah,” marah peminat.
“Kasihan bapanya. Dia yang tanggung dosa anak di dunia ini selagi anak perempuan belum berkahwin,” tutur netizen.
Ini bukan kali pertama Qistina dikecam membabitkan pemakaian apabila dia pernah tampil berbaju ketat semasa sesi pemilihan model.
Ada yang beranggapan penampilan Qistina tidak sepadan dengan usianya sebagai remaja. – KOSMO!ONLINE