fbpx

AEON BiG, Ferhad Sports lancar koleksi FH7 Official

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal bersama kakitangan dan anak kakitangan AEON BiG memperagakan pakaian berjenama FH7 ketika Majlis Pelancaran Jenama Faisal Halim (FH7 Official) di AEON BiG Subang Jaya, semalam. – AMIR KHALID

SUBANG JAYA – Pasar raya AEON BiG (M) Sdn. Bhd. bersama pemain bola sepak negara, Faisal Halim melancarkan jenama pa­kaian koleksi peribadi FH7 Official semalam.
Koleksi barangan FH7 itu akan diterbitkan oleh Ferhad Sports, sebuah syarikat pengedar koleksi barangan rasmi kelab-kelab bola sepak Liga Malaysia.

Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk berkata, pihaknya berbesar hati dapat menyediakan platform kepada atlet-atlet Malaysia untuk menceburi bidang perniagaan dan pengurusan.

“Kami amat berterima kasih kepada Ferhad Sports dan juga Faisal Halim kerana telah memilih AEON BiG sebagai salah satu saluran jualan utama untuk koleksi barangan beliau.

“Ini seiring dengan usaha AEON BiG menjadi rakan rasmi Liga Bolasepak Malaysia dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Kami berharap AEON BiG dapat memainkan peranan membantu memasarkan produk ‘Mic­key’ (gelaran Fasal Halim) melalui 22 cawangan AEON BiG di seluruh negara, bermula di cawangan Su­bang Jaya,” katanya ketika berucap semasa majlis perasmian koleksi tersebut di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah Urusan Ferhad Sports, Redza Habib berkata, koleksi tersebut merupakan kerjasama kali pertama pihaknya bersama pemain bola sepak tempatan.

“Kami amat yakin dengan po­pulariti beliau dan keupayaan kami menerbitkan koleksi bara­ngan berkualiti akan mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat Faisal Halim.

“Secara peribadinya saya memang peminat beliau dan daripada situ tercetusnya idea untuk mengajak Faisal Halim bekerjasama untuk koleksi ini. Kita berharap di masa hadapan akan ada lebih ramai atlet boleh mengikut jejak langkah beliau,” katanya.

Dalam pada itu, Faisal Halim yang juga pemain kelab Selangor FC berkata, beliau berasa amat teruja dengan kerjasama tersebut dan berharap koleksi berkenaan dapat memberi inspirasi kepada para penyokongnya.

“Saya bersyukur dengan sokongan yang diterima daripada peminat bola sepak sehingga kini dan akan berusaha untuk mening­katkan lagi prestasi saya di atas padang.

“Keyakinan Ferhad Sports mengeluarkan produk berjenama FH7 dan kesediaan AEON BiG untuk menjadi salah satu saluran jualan akan terus membakar sema­ngat saya untuk berusaha dengan lebih gigih,” katanya.

Sebagai permulaan, 10 koleksi barangan FH7 akan dikeluarkan dan dipasarkan di cawangan AEON BiG yang terpilih.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI