fbpx

Video lama sindir Ruhainies tular, Janna Nick hanya bergurau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Janna tiada niat untuk menyindir Ruhainies yang kini dicop sebagai perosak rumah tangga Aliff dan Bella.

KUALA LUMPUR – Video mengusik Ruhainies sebagai penyondol dalam program Famili Duo 3 kembali tular, pelakon Janna Nick menegaskan perkara itu sekadar gurauan bukan membawa makna dia boleh meramal masa depan.

Ujar Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 29, tiada niat langsung menyindir mahupun sengaja memberi bayangan berkenaan kontroversi membabitkan rakan seperjuangannya itu dengan pelakon Aliff Aziz.

“Video itu video lama, tiada niat untuk menyindir atau nak tumpahkan ‘tea’, tidak dan saya pun tidak tahu mengapa rakaman itu tular kembali.

“Sebenarnya video tersebut hanyalah gurauan berkaitan isu-isu semasa pada ketika itu yang juga sedang tular mengenai kontroversi penyondol.

“Saya dengan Ruhainies pada ketika itu sudah berdamai, tiada pergaduhan dan sebagainya, jadi kenapa saya nak menyindir hal tidak baik. Ketika itu dia pun tahu gurauan dan faham,” katanya kepada Kosmo! Online.

Percaya terhadap kifarah, pelakon filem Jemputan Ke Neraka itu enggan menjadikan ujian seseorang sebagai bahan jenaka untuk menghiburkan orang ramai.

Sebaliknya, dia sangat bersimpati dengan nasib mereka yang terlibat dalam isu yang hangat diperkatakan kini apatah lagi mengheret ramai selebriti.

“Mungkin benda tu kena pula dengan situasi sekarang, jadi orang keluarkan balik.

“Jangan palitkan saya dengan isu-isu ini sebab saya turut simpati dengan semua pihak.

“Saya anggap ini ujian untuk mereka dan dugaan orang kita tak nak jadikan bahan jenaka sebab kita takut berbalik kepada kita,” tegasnya ketika ditemui di majlis Raikan Raya bersama Warner, semalam.

Selepas isu Ruhainies curang bersama Aliff meledak dalam media sosial, video lama Janna mengusik aktres terbabit dengan memanggilnya penyondol ketika mengacarakan sebuah program kembali tular.

Ketika itu, Janna mengusik Ruhainies yang datang ke program realiti berkenaan selaku duta kepada penaja rancangan.

Dalam ruangan komen hantaran tular itu, ramai mendakwa isteri kepada pelakon Dini Schatzmann itu sudah mengetahui rahsia disimpan pihak tertentu sekali gus memberi bayangan ketika program realiti itu awal tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI