fbpx

[VIDEO] ‘Bey sobar bey’ mendunia sehingga Juventus, Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video dari laman sosial TikTok kelab Juventus.

PETALING JAYA – Kelab bola sepak dari Itali, Juventus tidak terlepas untuk menggunakan lagu irama dikir moden yang popular di Kelantan berjudul Cinta Setandan Pisang di laman sosial TikTok pasukan tersebut.

Melalui satu hantaran laman tersebut, lagu nyayian asal artis dari Pantai Timur, Eda Ezrin dan Den Manja itu menjadi muzik latar belakang kepada jaringan penyerang ternama mereka, Dusan Vlahovic selepas menjaringkan gol.

“Jangan risau admin setia orangnya, 143 Juventus forever,” tulis hantaran tersebut.

Sebelum ini, lagu yang terkenal dengan panggilan ‘bey sabar bey’ itu pernah dinyanyikan oleh pempengaruh media sosial Leona serta penyanyi terkenal Wani Hasrita.

Rata-rata pengguna media sosial juga turut meninggalkan komen mereka terhadap hantaran yang dilakukan oleh kelab terkemuka Eropah itu.

“Ni mesti admin dia asal Kelantan ni, sampai ke Itali lagu ni terkenal, hebat betul,” kata Chaterine89.

“Lagu ni makin ‘mendonia’ makin dikenali, kalau dah ‘page’ besar macam ni mula mainkan lagu ni lepas ni lagi terkenal la,” kata Hizami Mie.

Sehingga kini, klip video asal Cinta Setandan Pisang yang disiarkan di saluran Youtube telah mendapat lebih tiga juta tontonan sejak diperkenalkan pada Januari lalu. -KOSMO! ONLINE.

@juventus Jangan risau admin setia orangnya. 143 Juventus forever 🫶 #JuventusMalaysia ♬ original sound – MFI AUTOHAUS LUXURY CAR

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI