fbpx

Sektor swasta perlu beri imbuhan lebih kepada pekerja – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, mahu sektor swasta yang mencatat keuntungan tinggi untuk memberikan layanan sama kepada pekerja dengan menawarkan kadar upah lebih baik.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu perlu diambil kira berdasarkan pengumuman kerajaan kepada penjawat awam dengan meningkatkan gaji penjawat awam selepas kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dilaksanakan selepas 12 tahun.

“Saya mahu jelaskan sektor swasta yang catat untung baik, dapat faedah (menguntungkan) apa apa yang diumum (naik gaji penjawat awam) patut didengar swasta supaya berikan layanan yang sama,” katanya dalam sambutan Hari Pekerja 2024 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI