fbpx

Ribut petir berterusan hingga malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan dan ribut petir di kebanyakan kawasan di Semenanjung akan berterusan sehingga ke malam ini.

Menurut MetMalaysia, hujan dan ribut petir melanda hampir kesemua negeri di Semenanjung yang meliputi pantai barat dan selatan serta kebanyakan kawasan di Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia berkata, terdapat pembentukan kelompok awan hujan tertumpu di selatan Semenanjung serta di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah yang boleh membawa kelembapan tinggi serta hujan berpanjangan.

“Hujan lebat serta ribut petir sedang berlaku di hampir kesemua negeri di Semenanjung yang meliputi kawasan pantai barat serta selatan Semenanjung dan dijangka berlanjutan sehingga ke malam ini.

“Hujan lebat masih lagi berlaku melibatkan bahagian pantai barat (Papar, Kota Kinabalu dan Kota Belud) dan pedalaman (Kuala Penyu) Sabah termasuk di beberapa kawasan di Sarawak yang meliputi Limbang, Kapit, Sibu, Mukah dan Kuching dan berlanjutan sehingga ke malam ini,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI