fbpx

Renjis kenderaan dengan air rukyah bukan khurafat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan seorang ulama merenjis kereta dengan air ruqyah.

PETALING JAYA – Perbuatan merenjis atau membilas kenderaan dengan air yang dirukyah merupakan perbuatan yang dibenarkan dan diharuskan dalam syarak.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan itu bukan amalan yang khurafat dan tidak bertentangan dengan syariat kerana tiada dalil yang melarangnya.

“Ini merupakan satu cara yang untuk melakukan rukyah seperti yang disebutkan oleh para ulama.

“Selain itu, hujah Nabi SAW dan para sahabat tidak pernah melakukannya tidak boleh diterima kerana tidak semestinya perkara yang ditinggalkan mereka terus menjadi haram.

“Bahkan, terdapat banyak perbuatan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat, namun masih dalam hukumnya yang asal iaitu sunat dan harus,” jelasnya.

Penjelasan itu dibuat susulan penularan satu video di media sosial yang memaparkan seorang ulama dari Pattani, Thailand melakukan perbuatan merenjis kereta baharu yang dibeli seorang individu dengan air rukyah.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memberitahu, tindakan itu harus untuk dilakukan dengan tujuan menjaga sesuatu barangan atau kenderaan daripada penyakit dan musibah.

Tambahnya, setiap umat Islam dituntut berikhtiar menjaga diri, keluarga dan harta daripada perkara yang tidak diingini seperti kecurian, kemalangan dan penyakit ain.

“Sebahagian ulama juga menyebutkan penyakit ain ini menimpa haiwan dan benda yang tidak bernyawa seperti pokok, batu, kereta dan seumpamanya. Terdapat pelbagai cara untuk melindungi diri daripada penyakit ain seperti membaca rukyah dan doa.

“Berkaitan penyakit al-ain secara khusus, Nabi SAW pernah menyebut bahawa penyakit ain ini merupakan sesuatu yang benar.

“Apabila seseorang diminta untuk mandi bagi menyembuhkan penyakit itu, maka hendaklah dia mandi,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI