PUTRAJAYA – Biarpun menghidap penyakit jarang jumpa, distrofi otot atau muscular dystrophy (MD) sejak 20 tahun lalu, ia tidak menghalang tugas Prof Ts. Dr. Zaidi Embong sebagai profesor fizik gunaan di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).
Jasa dan pengorbanannya itu meraih penghargaan kerajaan apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Pekerja Negara (OKU) sempena sambutan Hari Pekerja 2024, di sini hari ini.
Zaidi ketika ditemui berkata, ini anugerah terbesar diterimanya daripada kerajaan selepas hampir 25 tahun sebagai pensyarah di UTHM.
Beliau berkata, pengiktirafan ini bukan untuk dirinya sahaja sebaliknya semua golongan OKU di negara ini yang turut mempunyai potensi sama.
Kejayaan itu membolehkan Zaidi membawa pulang wang tunai RM10,000 termasuk sijil penghargaan. – KOSMO! ONLINE