PUTRAJAYA – Perdana Menteri, memaklumkan kepada mana-mana penjawat awam yang mempamer prestasi tidak baik, pemalas serta lewat ke kerja tidak layak menerima kenaikan gaji lebih 13 peratus yang diumum.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia adalah bagi memberi pengajaran kepada mereka selain memberi motivasi kepada individu itu untuk terus memajukan diri.
“Kalau rekod pekerjaannya tak membanggakan, malas, sering lambat dan tidak beri tumpuan yang baik, tidak layak diberi ganjaran seperti yang dijanjikan kerajaan.
“Ini tanggungjawab kita bersama baik persatuan atau rakan di jabatan untuk pastikan dua, tiga orang yang lembab ini biar dia kekal di jawatan (sedia ada) selama-lamanya,” katanya. – KOSMO! ONLINE