fbpx

Letusan Gunung Ruang: 21 penerbangan AirAsia dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 21 penerbangan tambang murah, AirAsia dibatalkan susulan letusan Gunung Ruang, Sulawesi, Indonesia yang berlaku semalam.

Capital A Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan, antara penerbangan yang terjejas adalah AK5202 (Kuala Lumpur ke Kuching), AK5203 (Kuching ke Kuala Lumpur), AK5876 (Kuala Lumpur ke Sibu), AK5877 (Sibu ke Kuala Lumpur) dan AK5204 (Kuala Lumpur ke Kuching).

Katanya, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada pelanggan yang terjejas dan bantuan mengatur penerbangan alternatif turut ditawarkan.

“Pelanggan yang terlibat dinasihatkan untuk menyemak e-mel serta nombor telefon berdaftar untuk menyemak status penerbangan.

“Pelanggan AirAsia juga digalakkan untuk menyemak status penerbangan terkini di airasia.com/flightstatus,” katanya di sini hari ini.

Selain itu katanya, AirAsia akan terus memantau keadaan dengan teliti dan akan memberikan lebih banyak maklumat mengenai perkembangan terkini kepada pelanggan secara langsung dan pada semua saluran komunikasi utama.

Terdahulu, Gunung Ruang meletus sebanyak tiga kali semalam dan memuntahkan lahar serta menghamburkan abu lebih lima kilometer ke langit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI