PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan berita gembira bahawa penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus mulai 1 Disember depan.
Katanya, sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji penjawat awam adalah pada kadar 13 peratus, namun Kerajaan Madani akan memastikan kadar tersebut akan lebih tinggi daripada itu.
Tambah Anwar, pendapatan minimum penjawat awam berserta elaun ditetapkan pada RM2,000 melibatkan implikasi kewangan sejumlah RM10 bilion.
“Untuk tahun depan, bila kita mula laksanakan, ia akan mencecah lebih RM10 bilion, kerana jumlahnya agak besar dan kenaikannya agak lumayan.. dan ini adalah kenaikan paling baik dalam negara,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Sambutan Hari Pekerja 2024 di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE