fbpx

KDA FC tewaskan Penang FC 3-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Penang FC dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama ketika menentang KDA FC dalam perlawanan Pra Musim 2024/ 2025 di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mencatat kemenangan 3-1 ke atas Penang FC yang beraksi dengan 10 pemain untuk tempoh hampir sejam, dalam aksi pra musim di Stadium Darul Aman malam tadi.

Gol pertama terhasil apabila sepakan percuma diambil pemain pertahanan Penang FC, Adib Raop tepat singgah ke kepala rakan sepasukannya Richmond Ankrah untuk melakukan tandukan menewaskan penjaga gol KDA FC, Kalamullah Al-Hafiz,

KDA FC kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-26 menerusi sepakan separuh voli yang dilakukan Habib Haroon dalam kotak penalti, sebaik dia menerima hantaran silang dari Sony Norde.

Bersambung ke babak kedua, KDA FC dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-50 berikutan tindakan Rafael Vitor menarik baju Fazrul Danel membolehkan  Milos Gordic menjadikan kedudukan 2-1 memihak tuan rumah.

Minit ke-65, Milos terus menceriakan hampir 4,000 penyokong tuan rumah apabila dia memanfaatkan keadaan kelam kabut di depan pintu gol lawan, bagi melepaskan rembatan leret untuk gol ketiga KDA FC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI