fbpx

Dituduh ‘lalok’, Sarah Yasmine sedia buat ujian air kencing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarah Yasmine tidak gentar andai diminta melakukan ujian air kencing untuk membuktikan dia bebas daripada sebarang bahan terlarang.

PETALING JAYA – Dituduh ‘lalok’, kekasih pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine sedia memberi kerjasama kepada polis Malaysia dan Singapura andai diminta melakukan ujian saringan air kencing.

Katanya, ini susulan dakwaan segelintir individu yang mendakwa dia mengambil dadah ketika membuat pendedahan mengenai Aliff dan Ruhainies yang mengheret beberapa artis lain.

“Saya okey saja kalau nak ambil urine (air kencing), sila (mari) Central Narcotics Bureau Singapore (NBS) dan polis di Malaysia.

“Saya juga sedia luangkan masa untuk lakukan ujian air kencing itu,” tulisnya dalam hantaran Instagram Story.

Begitupun, wanita asal Singapura itu turut memberi peringatan berkemungkinan individu lain pula yang terkait dengan bahan terlarang.

“Jangan nanti plot twist dia, orang lain yang terkena (sangkut),” ujarnya lagi.

Nama Sarah Yasmine hangat menjadi bualan sejak minggu lalu selepas mengaku bercinta dengan suami pelakon Bella Astillah sejak Januari lalu.

Satu per satu pendedahan dibuat kerana tidak tahan melihat aktor berkenaan dihentam sendirian sejak dicekup berkhalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Konflik empat penjuru itu semakin panas apabila Sarah ‘melondehkan’ banyak cerita mengejutkan termasuk hubungan cinta antara Aliff dan Ruhainies selain mengheret ramai selebriti lain.

Ketika sebahagian netizen menyokong tindakan ibu tunggal anak dua itu, ramai selebriti dan Persatuan Seniman Malaysia mendesak Sarah pulang ke negaranya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI