DEMI mendalami agama Islam, pelakon juga pendakwah popular, Oki Setiana Dewi sanggup berhijrah ke Mesir, sekali gus meninggalkan kerjaya seninya.
Urusan penghijrahannya sudah dirancang sekian lama bersama suaminya yang dijadualkan pada Jun depan.
Tidak ralat meninggalkan tanah air ketika kerjaya seni serta dakwah masih rancak, penghijrahan tersebut turut disertai empat anak mereka.
Bintang Ketika Cinta Bertasbih yang melonjakkan namanya pada tahun 2009 itu mengakui tidak ralat membuat keputusan tersebut.
Sepanjang ketiadaannya, Yayasan Maskanul Huffadz yang ditubuhkan untuk fokus terhadap pendidikan keagamaan tetap diteruskan.