fbpx

Bayi sembilan bulan maut dipercayai didera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat didera, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu daripada seorang pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada pukul 6.55 petang, Khamis lalu.

“Menurut laporan berkenaan, bayi tersebut telah dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan disyaki telah didera.

“Bayi itu disahkan meninggal dunia pada pukul 3.50 pagi, Jumaat lalu. Hasil bedah siasat mendapati wujud elemen jenayah dalam kematian bayi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, beberapa individu telah ditahan, bagaimanapun polis masih mencari ibu bayi berkenaan yang merupakan seorang wanita warga Vietnam.

“Bertindak atas maklumat, tangkapan telah dibuat terhadap dua rakan ibu mangsa yang merupakan warga asing, seorang lelaki tempatan dipercayai teman lelaki ibu mangsa dan pasangan suami isteri warga tempatan yang merupakan pengasuh bayi berkenaan.

“Kesemua suspek yang berusia antara 29 hingga 42 tahun ditahan dalam beberapa orang yang dijalankan di sekitar bandar raya ini, Khamis lalu setelah polis menerima laporan,” ujarnya.

Katanya lagi, kesemua suspek direman selama enam hari bermula Jumaat lalu dan akan disambung reman di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI