fbpx

Anwar seru negara Arab, Islam konsisten tuntut keadilan bagi rakyat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bercakap semasa program Soal Jawab Perdana Menteri malam ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara-negara Arab dan Islam untuk terus konsisten dan tegas dalam menuntut keadilan bagi rakyat Palestin.

Beliau berkata, semua pihak perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan haram Israel yang menjadi punca utama konflik berpanjangan ketika ini.

“Di Riyadh saya berjumpa Presiden Palestin, Putera Diraja Arab Saudi, beberapa Perdana Menteri dan Menteri luar, umumnya bersependapat bahawa kelaziman berterusan, Gaza mahu dihancurkan tetapi kurang keupayaan untuk melakukan lebih daripada itu kerana kelebihan Israel yang didukung oleh Amerika Syarikat dan sebahagian dengan negara Eropah.

“Jadi kita cuma menekankan bahawa kita harus ada satu suara hentikan kezaliman ini dan nampak terbatas keupayaan. Itu yang saya terkesan sekali sebab sebelum saya berangkat pulang, nampak seolah-olah kebimbangan yang sangat serius,” katanya dalam program Soal Jawab Perdana Menteri malam ini.

Anwar berkata, strategi melibatkan pelbagai negara harus dirangka berikutan penindasan di Gaza bukan lagi isu yang hanya melibatkan negara Arab dan Islam.

“Saya tidak fikir ini isu negara Islam atau negara Arab. Kita harus memanfaatkan apabila ada dukungan kenyataan lebih positif dari negara China, Rusia dan lebih -lebih lagi kesatuan Afrika, Brazil, Sepanyol dan Ireland.

“Jadi saya usulkan kita harus merangka strategi yang melibatkan negara-negara ini dan tidak hanya melihatkan ini sebagai Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan negara Arab dan Islam,” ujarnya.

Katanya, ketegasan Malaysia untuk menghentikan keganasan ke atas penduduk Gaza bukan bagi menunjukkan kekuatan negara tetapi dilakukan atas dasar kemanusiaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI