fbpx

5 kali kantoi dadah, Rio Reifan akui salah langkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RIO REIFAN

BUKAN sekali dua, sebaliknya sudah lima kali pelakon Rio Reifan ditahan pihak berkuasa berhubung kes penyalahgunaan dadah.

Terbaharu pelakon sinetron Tukang Bubur Naik Haji itu ditangkap polis Jatinegara, Jakarta Timur atas pertuduhan mengambil bahan terlarang.

Begitupun, ketika pihak berkuasa dalam siasatan untuk menyabitkannya dengan dakwaan mengedar narkotik, dia memberi alasan hanya tersilap langkah.

Kata aktor berusia 29 tahun itu, dia terkhilaf sekali gus menyesali terjebak dalam situasi kurang menyenangkan.

Menurut polis, ketika serbuan di rumahnya, pihak berkuasa menemui tiga paket syabu serta 12 pil alprazolam.

Rio sebelum ini pernah ditangkap empat kali iaitu pada 2015, 2017, 2019 dan terakhir tiga tahun lalu atas kesalahan hampir serupa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI