fbpx

160 petugas Tabung Haji berlepas ke Tanah Suci esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 160 orang petugas Lembaga Tabung Haji (TH) bakal berlepas ke Tanah Suci, esok sebagai persediaan awal bagi menyantuni jemaah haji dari Malaysia.

Menurut TH, pasukan tersebut terdiri daripada petugas kebajikan, perubatan dan teknologi maklumat yang bakal memastikan perjalanan jemaah haji berjalan dengan lancar.

“Pasukan kedua petugas yang terdiri daripada 160 orang bakal berlepas esok (2 Mei). Sementara itu, petugas dari kumpulan pertama yang berlepas 29 April lalu telah selamat tiba di Saudi, semalam.

“Pasukan ketiga petugas pula dijadual berlepas pada 6 Mei membabitkan 70 orang,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Menurutnya, hampir 600 petugas TH akan digerakkan ke Arab Saudi bagi memudahkan urusan jemaah haji.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah bagi menunaikan ibadah haji di Tanah Suci pada tahun ini adalah sebanyak 31,600 orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada majlis menandatangani Memorandum Aturan Urusan Haji 1445H/2024 di Jeddah, Arab Saudi.

Untuk rekod, kuota haji jemaah Malaysia pada tahun lalu adalah sama iaitu seramai 31,600 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI