fbpx

12 premis Pasar Borong KL disita kerana halang laluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi yang dijalankan DBKL sekitar luar kompleke Pasar Borong KL semalam. Foto ihsan DBKL

KUALA LUMPUR -Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 12 premis di Pasar Borong Kuala Lumpur dan memindahkan barangan mereka atas kesalahan menghalang tempat laluan awam, sekitar Jalan 2/3A dan Jalan 6/3A Pusat Bandar Utara, Selayang, tengah hari semalam.

DBKL menerusi Facebooknya berkata, tindakan itu diambil ketika operasi diadakan bersama Jabatan Penguatkuasaan, Pejabat Cawangan Batu dan Pejabat Cawangan Wangsa Maju di luar kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur.

“Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan di sekitar luar kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur dilakukan melibatkan pemeriksaan terhadap premis perniagaan borong sayuran, buah-buahan dan barangan am yang menghalang tempat awam.

“Selain menghalang laluan, kita juga mengesan aktiviti penjajaan dari warga asing terutama dalam kalangan etnik Rohingya Myanmar.

“Sejumlah 12 premis dikenakan tindakan sita dan pindah barangan kerana kesalahan menghalang tempat awam mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1971,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kenyataan sama, DBKL berkata, pihaknya turut menyita barangan jualan dua penjaja warga asing kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen yang melanggar Undang-Undang Kecil (UUK) 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.

“Semua barangan disita dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL Taman Miharja Cheras.

“DBKL akan meneruskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan di lokasi hotspot dari masa ke semasa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI