fbpx

[VIDEO] Rumah tangga bergolak? Rusdi Ramli ‘kunci’ hal peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi enggan terlalu bercerita tentang perihal peribadi kerana bimbang akan 'memakan diri' pada masa hadapan.

KUMPUR LUMPUR – Susulan spekulasi pergolakan rumah tangga bersama komposer Sharon Paul, pelakon Rusdi Ramli enggan membuka mulut demi menjaga privasi kehidupan peribadi tanpa menjadi tatapan umum.

Kata Rusdi, 54, biarlah kerjayanya sebagai anak seni sahaja dikritik tetapi bukan kehidupan peribadi yang sepatutnya perlu dirahsiakan.

“Kalau dahulu kita ditanam, artis adalah hak masyarakat. Sejak saya mula berkecimpung, saya tidak pernah percaya atau berpegang perkara tersebut.

“Bagi saya, kerja-kerja pelakon atau artis itu sahaja jadi hak masyarakat tetapi isu peribadi tetap hak kami. Tak adil sebab kami pun manusia.

“Kalau bidang lain seperti arkitek, apabila bangunan dibina runtuh, tiada orang bertanya siapa isterinya. Kenapa kami tidak begitu?

“Jadi, jika hasil kerja kami buruk, hentamlah tetapi soal peribadi, biarlah jadi hak kami. Kalau tak, tiada apa lagi kami punya,” katanya kepada Kosmo! Online ketika pelancaran drama bersiri Framed, baru-baru ini.

Dalam masa sama, pelakon filem Waris Jari Hantu itu percaya keterbukaan berkongsi isu peribadi berisiko mendatangkan kesan yang tidak dijangka.

“Saya percaya kadang-kadang kalau terlalu terbuka sampai cerita peribadi diberitahu, akhirnya bukan sahaja tidak untung malah, memudaratkan banyak pihak.

“Jadi, kenapa buat benda begitu sedangkan kita boleh elak?,” ujarnya lagi.

Ditanya mengenai sesetengah pihak yang suka menghebahkan cerita kepada umum, Rusdi bagaimanapun menghormati keputusan setiap individu.

“Itu hak masing-masing. Sesrtengah orang tidak kisah, mungkin mereka suka cerita mereka keluar setiap hari. Kalau tidak, tiada cerita.

“Pada saya, lebih baik saya diam daripada bercerita benda yang tak ada,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, isterinya mendedahkan hubungan dengan pengarah itu sudah tidak sehaluan sejak beberapa tahun lalu selain percaya perceraian adalah jalan terbaik.

Rusdi dan Sharon berkahwin pada 2008 dan rumah tangga dihiasi dengan dua orang cahaya mata iaitu Reo Ridza, 15 dan Ryan Ridza, 12.

Sebelum itu, Rusdi pernah mendirikan rumah tangga dan memiliki seorang anak lelaki bernama Efiezal Ridza, 34. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI