fbpx

Beberapa lokasi di Lembah Klang dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lalu lintas di Kuchai Link yang dinaiki air setelah hujan lebat, menyebabkan trafik sesak dan bergerak perlahan.

PETALING JAYA – Trafik dilaporkan perlahan dan sesak akibat hujan lebat sehingga menyebabkan banjir kilat di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang.

Menerusi Astro Radio Traffic di Facebook setakat pukul 4.20 petang tadi, banjir kilat dilaporkan berlaku di Petaling Jaya, Selayang, Gombak dan beberapa kawasan di Bandaraya Kuala Lumpur.

Menurut televisyen litar tertutup Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pula, trafik dilaporkan perlahan di Kuchai Link, Jalan Awan Besar, Jalan Puchong dan Jalan Kuchai lama ekoran paras air yang meningkat.

“Selain itu, banjir kilat turut dilaporkan berlaku di Jalan Klang Lama / Jalan Syed Putra, Jalan Genting Klang, Jalan Istana, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sungai Besi dan Jalan Tun Razak.

“Di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Seremban, trafik dilaporkan sesak diikuti dengan Lebuh Raya Mahameru, dan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2),” katanya.

Terdahulu, Jabatan Meterologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di sembilan negeri sehingga pukul 5 petang.

Antara negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI