fbpx

SUV terbabas ‘berebut’ jalan dengan teksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pemandu kenderaan ini saling berhimpit sebelum SUV terbabas ke tepi jalan. – Facebook

SINGAPURA – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan selepas gagal memintas sebuah teksi, lapor portal berita Mothership hari ini

Sebelum kejadian, kedua-dua kenderaan saling menghimpit di lorong memotong sebuah lebuh raya empat lorong.

Kejadian berlaku di laluan East Coast Parkway (ECP) pada 19 April lalu, manakala video kemalangan   dimuat naik dalam kumpulan sembang Facebook,  Roads.SG semalam.

Berdasarkan video tersebut, sebuah teksi dipandu di lorong ketiga ECP sebelum secara tiba-tiba mengubah laluan memasuki  lorong kedua dan berada di hadapan SUV jenama Toyota.

Pemandu SUV cuba memintas kembali teksi berkenaan dan memasuki lorong pertama, yang ketika itu turut dilalui sebuah kenderaan lain.

SUV dan teksi berkenaan kemudian dilihat saling menghimpit sebelum pemandu Toyota melanggar bahagian tepi teksi dan terbabas ke lorong paling kiri.

Pemandunya bagaimanapun berjaya mengawal kenderaan itu daripada menerima akibat lebih buruk, dengan hanya kedudukannya berpusing kepada arah melawan arus sebelum berhenti.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen dengan ada yang menyalahkan pemandu teksi serta pemandu SUV.

“Teksi itu mengubah kedudukannya dari lorong ketiga kepada lorong pertama sekelip mata. Memang ada ramai pemandu teksi yang tidak memandu dalam satu lorong. Mereka sering memandu dalam dua lorong dan menukar lorong tanpa memberi isyarat,” kata seorang netizen.

“Ego telah memburukkan situasi itu. Masing-masing enggan memberi laluan. Tahniah, tanggunglah ganti rugi,” kata pengguna lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI