fbpx

Sultan Nazrin rasmi sambutan Hari Hutan Antarabangsa Kebangsaan 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin (dua dari kanan) berkenan melakukan simbolik merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2024 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh hari ini.-Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menyempurnakan perasmian sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2024 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Idris Shah dan Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Idris Shah.

Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Sultan Nazrin berkenan menanam pokok Antiaris toxicaria atau pokok Ipoh dan berkenan menyaksikan penyerahan simbolik anak pokok serta Sijil Pengurusan Hutan (Malaysian Criteria and Indicator for Sustainable Forest Management) kepada kerajaan Perak.

Tema sambutan Hari Hutan Antarabangsa pada tahun ini adalah ‘Hutan dan Inovasi’ yang memberi penekanan terhadap kepentingan inovasi dalam sektor perhutanan sebagai penyelesaian baharu untuk kelestarian alam dan dunia yang lebih baik.

Pemilihan Perak sebagai lokasi sambutan merupakan satu penghormatan kepada kerajaan negeri dalam menganjurkan Tahun Melawat Perak 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI