fbpx

Senyum Tour rai pelanggan sempena ulang tahun ke-40 AEON

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AEON Mall Bukit Tinggi di Klang menjadi destinasi pertama untuk AEON Senyum Tour.

PETALING JAYA – Syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka, AEON CO. (M) BHD. (AEON) memulakan siri jerayawara Senyum Tour di AEON Mall Bukit Tinggi pada Sabtu lalu sempena ulang tahunnya yang ke-40.

Jerayawara tersebut dipenuhi pelbagai aktiviti libat urus bersama pelanggan dengan promosi berserta tawaran istimewa terhad, khas buat pengunjung AEON Mall di seluruh negara bermula 27 April hingga 31 Disember 2024.

Senyum Tour di AEON Mall Bukit Tinggi dilancarkan oleh Pengarah Urusan AEON, Naoya Okada dalam satu majlis ‘light-up’ yang melambangkan kebahagiaan dan kemakmuran.

Seramai 40 rakan niaga yang telah bersama AEON sejak sekian lama juga telah diraikan dalam majlis tersebut.

Hiasan mochi menyambut pengunjung dan menjadi lokasi yang menarik untuk mengambil gambar OOTD (Outfit of the Day).

Menurut Naoya Okada, Senyum Tour merupakan satu inisiatif untuk mengeratkan lagi hubungan di antara AEON dan pelanggannya.

“Ia dilaksanakan  menerusi pelbagai aktiviti dan promosi istimewa khas untuk pelanggan yang telah menyokong kami selama ini.

“Sambutan ini bukan sahaja sebagai tanda kesyukuran  terhadap kejayaan yang dikecapi AEON, malah kami juga ingin berkongsi  kegembiraan ini kepada semua pelanggan kami.

“AEON yakin usaha ini mampu  memberi pengalaman dan memori indah kepada mereka. Ia selaras dengan tema ulang tahun kami yang ke-40 tahun ini iaitu Mengukir Senyuman, Mengikat Hati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aktiviti Zumba berlangsung pada waktu pagi.

Acara pada hari berkenaan menampilkan siri aktiviti menarik yang menyatukan komuniti Bukit Tinggi, termasuk sesi zumba yang penuh tenaga, persembahan gendang Wadaiko yang mengagumkan dan bengkel pembuatan mochi yang menyeronokkan.

AEON Mall turut menyediakan dekorasi menarik dengan hiasan 40 mochi di ‘centre  court’. Dekorasi mengagumkan ini akan kekal dipamerkan sehingga 5 Mei 2024.

Dekorasi serupa boleh ditemui di beberapa pasar raya AEON yang lain di seluruh  negara yang akan menampilkan tema musim sepanjang akhir tahun ini.

Senyum Tour menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk pengunjung dari semua peringkat umur. Antara tawaran istimewa semasa Senyum Tour termasuk produk pilihan seperti mi segera dalam cawan TopValu, fesyen Spy x Family dan Home Coordy.

Senyum Tour merupakan inisiatif AEON untuk mengukuhkan hubungan dengan pelanggan melalui aktiviti-aktiviti menarik dan promosi istimewa.

Selain itu, jerayawara berkenaan juga menampilkan pertandingan Count Me, yang menawarkan pakej melancong ke Jepun buat empat pemenang bertuah.

Untuk maklumat lanjut mengenai jadual lokasi Senyum Tour, sila layari https://aeonretail.com.my/40thanniversary/, atau ikuti AEON di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI