fbpx

‘Raja London’ yakin julang gelaran EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Arsenal berada pada momentum terbaik ketika ini selepas menang 3-2 ke atas seteru setempat, Spurs malam kelmarin. – AFP

LONDON – Arsenal bernasib baik untuk membawa pulang tiga mata ketika mencatat kemenangan 3-2 ke atas Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Ing­geris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur malam kelmarin.

The Gunners mendahului perlawanan 3-0 di separuh masa pertama menerusi gol sendiri Pierre-Emile Hojbjerg serta jari­ngan Bukayo Saka dan Kai Havertz sebelum Spurs bangkit dengan dua gol daripada Cristian Romero serta Son Heung-min.

Walaupun gembira dengan kemenangan itu, namun pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengingatkan pemain-pemainnya supaya tidak terlalu selesa meskipun pada ketika ini mereka sedang menerajui saingan liga.

Menariknya, Arteta kini menjadi pengurus kelima terpantas dalam sejarah EPL merekodkan kemenangan ke-100 dalam 169 perlawanan, di belakang Pep Guardiola (134 aksi), Jose Mou­rinho (142 aksi), Jurgen Klopp (159 aksi) dan Sir Alex Ferguson (162 aksi).

“Jangan terlampau gembira dengan kemenangan ini kerana kami sentiasa mahu menampilkan aksi lebih baik. Sekarang kami perlu memperbaiki kelemahan yang ada sebelum beraksi menentang Bournemouth nanti.

“Saya fikir kami berada pada landasan terbaik ketika ini. Pemain-­pemain memiliki motivasi cukup tinggi dan saya yakin kejayaan cemerlang sedang menanti kami pada penghujung musim ini,” katanya.

Pengendali dari Sepanyol itu turut melaungkan keyakinan The Gunners sudah bersedia untuk menjulang trofi EPL buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun biarpun sedar mereka berdepan cabaran sengit daripada Manchester City.

“Pemain-pemain saya ber­aksi dalam banyak perlawanan musim ini kerana berdepan ja­dual yang padat. Apa yang pasti, saya dapat lihat kemahuan tinggi dalam diri setiap pemain bagi merealisasikan hasrat itu (juara EPL),” jelas Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI