fbpx

Polis Labuan selamatkan empat wanita warga Filipina mangsa pemerdagangan orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang diselamatkan polis Labuan membabitkan dua siri operasi berasingan di Labuan serta Penampang pada Jumaat dan Sabtu lalu. -Foto PDRM

LABUAN – Seramai empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang diselamatkan polis Labuan membabitkan dua siri operasi berasingan pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Ketua Polis Labuan, Superintendan Mohd Hamizi Halim memaklumkan tiga mangsa diselamatkan dalam serbuan di sebuah hotel di Labuan manakala seorang lagi mangsa diselamatkan di Penampang.

Mohd Hamizi berkata, pihaknya dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan membuat serbuan di sebuah hotel pada 26 April lalu selepas menerima maklumat

“Tiga wanita warga Filipina dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan dalam operasi terbabit.

“Sementara itu, seorang lagi mangsa yang melarikan diri ke Penampang turut berjaya diselamatkan dengan bantuan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada 27 April lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hamizi menyatakan pihaknya secara keseluruhan berjaya menyelamatkan keseluruhan empat wanita warga Filipina berusia 31 hingga 33 tahun dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.

Beliau berkata, semua mangsa berkenaan dipaksa bekerja sebagai pelayan di sebuah premis hiburan dalam kawasan bandar Labuan.

“Susulan daripada penyelamatan semua mangsa yang terbabit, dua suspek wanita iaitu seorang warga tempatan berusia 36 tahun dan seorang lagi warga Filipina berusia 22 tahun ditahan untuk membantu siasatan kes.

“Dua suspek wanita yang ditahan akan direman selama tujuh hari sehingga 4 Mei depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM), ” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI