PENGALAMAN dihina ketika awal menceburi arena lakonan membuatkan Parineeti Chopra sentiasa menjaga tingkah laku agar jangan menyombong.
Pelakon berusia 35 tahun Itu mengakui tanpa wang atau kurang berfesyen antara faktor sesetengah pihak suka memandang bakat baharu dengan sebelah mata.
Biarpun mempunyai ahli keluarga yang terkenal iaitu seorang sepupu bernama Priyanka Chopra, Parineeti sentiasa berbelanja mengikut kemampuan diri.
Insiden dipandang sinis seorang aktres beberapa tahun lalu masih basah dalam ingatan.
Hanya disebabkan masih baru selain tidak bergaya dengan barangan berjenama, dia dipandang sebelah mata oleh orang lain.
Pada awal kemunculan juga, Parineeti turut ditertawakan aktor yang mencadangkan dirinya mengambil seorang jurulatih kecergasan bagi mendapatkan fizikal lebih meyakinkan.