fbpx

Papagomo ditahan buat tuduhan terhadap Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Muhammad Azri.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan pihaknya menahan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo berhubung kenyataan mengaibkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini.

Razarudin berkata Wan Muhammad Azri ditahan dirumahnya di Setapak di sini kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

“Tangkapan dilakukan susulan laporan polis yang diterima berkaitan video beliau mempersoalkan tindakan Yang Dipertuan Agong berjumpa dengan pemilik KK Mart Datuk Seri Chai Kee Kan.

“Selain itu, dalam video terbabit turut membuat tuduhan menyatakan Yang di-Pertuan Agong yang mengarahkan Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, 45, dituduh di mahkamah di bawah Akta Hasutan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Razarudin permohonan reman terhadap individu terbabit kini sedang dipohon dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu tular satu video di Facebook memaparkan Wan Muhammad Azri ditahan sepasukan anggota polis di kediamannya sekitar Setapak.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI