fbpx

Mahalini, Rizky Febian nikah hujung minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rizky dan Mahalini akan bernikah 5 Mei ini.

SELEPAS hampir setahun mengikat tali pertunangan, akhirnya penyanyi Indonesia Rizky Febian dan Mahalini bakal mendirikan rumah tangga pada 5 Mei ini.

Khabar gembira tersebut didedahkan ahli keluarga pelantun lagu Sial itu kepada media Indonesia dan mereka memilih kediaman Mahalini di Bali sebagai lokasi pernikahan.

“Benar, mereka akan berkahwin pada 5 Mei ini di Bali.

“Pada 5 Mei nanti, majlis akan diadakan di Bali terlebih dahulu dan seterusnya majlis di Jakarta pula menyusul beberapa hari kemudian,” katanya.

Spekulasi perkahwinan mereka muncul selepas bakal pengantin lelaki berkongsi animasi latar biru seolah-olah foto buku nikah.

Mereka juga melancarkan ‘teaser’ lagu baharu berjudul Bermuara tiga hari lalu yang menguatkan lagi desas-desus hari bersejarah mereka.

Biarpun berita perkahwinan itu sudah tersebar, pasangan terbabit masih belum memberi sebarang kenyataan.

Pemilik nama lengkap Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, 24, secara rasmi menjadi tunangan kepada Rizky pada 7 Mei tahun lalu.

Mereka mengikat tali pertunangan selepas menjalinkan hubungan cinta selama setahun tiga bulan.

Begitupun, isu perbezaan agama antara dua penyanyi popular itu yang masing-masing beragama Hindu dan Islam hangat diperkatakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI