fbpx

KPM laksana pelbagai inisiatif reformasi pendidikan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara ketika ini.

KPM dalam kenyataan berkata, ia termasuk penstrukturan semula sistem prasekolah, Kurikulum Persekolahan 2027 dan intervensi kurikulum bagi menangani keciciran pembelajaran.

“Kelas prasekolah akan diperluaskan di seluruh institusi pendidikan KPM. Peluasan kelas prasekolah memastikan isu keciciran murid dapat ditangani dari peringkat awal,” katanya tadi.

KPM turut memaklumkan, pihaknya juga turut memberi tumpuan kepada pembangunan profesionalisme guru dengan pelbagai tawaran bagi meningkatkan kompetensi dan profesionalisme guru dalam perkhidmatan.

“Terkini, KPM memperkenalkan platform Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) bagi memenuhi keperluan kompetensi digital guru,” ujarnya.

KPM komited memastikan hasrat untuk mereformasikan pendidikan negara berjaya.

“Ia adalah usaha berterusan yang memerlukan komitmen, kerjasama dan sokongan semua pihak,” katanya.

Semalam media melaporkan, sistem pendidikan di Malaysia berada di tahap yang membimbangkan menurut laporan baharu Bank Dunia bertajuk ‘Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills’.

Walaupun perbelanjaan yang besar diperuntukkan dalam pendidikan iaitu 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) namun pembelajaran pelajar masih ketinggalan berbanding jangkaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI