fbpx

Jenayah seksual di Kelantan naik lapan peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (dua dari kiri) menyampaikan sijil kepada peserta Program Cinta dan Air Mata di Jeram Mengaji, Pasir Puteh hari ini. - Foto oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Jenayah seksual di negeri ini mencatatkan peningkatan sebanyak lapan peratus pada suku pertama tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, sebanyak 90 kes jenayah seksual melibatkan rogol, seks luar tabii dan amang seksual dilaporkan berlaku bermula Januari hingga April ini.

“Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 28 kes dalam tempoh sama tahun lalu. Kes rogol sepanjang suku pertama tahun lalu adalah 34 kes, namun meningkat kepada 49 kes tahun ini, manakala kes liwat pula naik kepada enam kes.

“Bagi kes mengedar gambar lucah, meningkat daripada satu kes kepada lima kes dan seksual kanak-kanak pula 19 kes kepada 26 kes pada tahun ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup Program Cinta dan Air Mata yang melibatkan 100 pemimpin pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti di Jeram Mengaji, di sini hari ini.

Muhamad Zaki berkata, aspek pendidikan dan kesedaran perlu bermula di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan institusi kekeluargaan dalam usaha menangani kes jenayah seksual.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI