fbpx

Guna mentega sebagai asas solekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aaliyah menyapu mentega sebagai asas solekan – Aaliyah/TikTok

NEW DELHI  – Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News semalam.

Pesohor platform TikTok, Aaliyah Jamil menggunakan bahan makanan tersebut dalam klip video berjudul Craft 5 minute baru-baru ini.

“Mentega memberikan kemasan seperti kulit berembun, membantu tekstur kulit kelihatan licin dan terasa seperti memakai solekan mewah pada kulit,” kata Aaliyah.

Bagaimanapun, mentega dikatakan tidak selamat untuk dipakai pada kulit kerana mempunyai bahan pengawet makanan, garam dan beberapa bahan lain yang boleh mengakibatkan pori tersumbat selain menyebabkan jerawat dan radang kulit. 

Ia sebaliknya boleh digunakan sebagai bahan untuk menanggalkan alat solek yang turut berfungsi sebagai krim pembersih kulit dan membantu untuk menyingkirkan maskara kalis air, gincu matte dan pembayang mata gelap. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI