fbpx

Fitria fail tuntutan balas nusyuz terhadap Safee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fauzan ketika menghadiri prosiding itu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor hari ini. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Bekas isteri Safee Sali memfailkan tuntutan balas nusyuz terhadap bekas pemain bola sepak kebangsaan itu di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Peguam syarie Fauzan Ziman Hassan yang mewakili Fitria Elfina Maharip berkata, tuntutan itu difailkan pihaknya pada prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Syarie Mohd. Nurulazhar Mohd. Tohar.

“Kita telah memfailkan pembelaan bagi menjawab tuntutan nusyuz yang difailkan oleh pihak Safee pada 13 Mac lalu.

“Pada masa sama, kita turut memfailkan tuntutan balas iaitu memohon kepada mahkamah mensabitkan nusyuz terhadap Safee berkaitan beberapa perkara dalam tempoh perkahwinan bersama Fitria,” katanya ketika ditemui selepas prosiding itu.

Tambah beliau, tuntutan nusyuz yang difailkan Safee sebelum ini antaranya berkaitan dakwaan defendan meninggalkan anak dengan pulang ke Batam, Indonesia pada Februari lalu.

“Sebutan semula kes untuk pihak plaintif menjawab pembelaan kami ditetapkan pada 11 Jun depan,” ujarnya.

Safee dan Fitria bagaimanapun tidak menghadiri prosiding itu manakala plaintif diwakili peguam syarie Nur Syarafana Kamaruddin.

Kosmo! pada 26 Mac lalu melaporkan konflik rumah tangga Safee, 40, dan Fitria Elfina, 44, terlerai apabila mereka sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah berkenaan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI