KUALA LUMPUR – Penerbit dan pengarah Erma Fatima menyeru pelakon sensasi Singapura Aliff Aziz tampil memunculkan diri bagi menghentikan kontroversi yang dicetuskan kekasih gelapnya, Sarah Yasmine ketika ini.
Menurut Erma, Aliff atau nama penuhnya Mohammad Aliff Aziz, 33, tidak seharusnya menyepikan diri selepas melakukan pelbagai onar dengan beberapa selebriti wanita sebelum ini seperti Ruhainies dan Sophia Albarakbah.
Dia turut menyarankan Aliff membuat laporan polis terhadap Sarah bagi memastikan ‘kenduri selak kain’ artis Malaysia tidak berlarutan.
“Aku juga minta Aliff, jadi gentleman (lelaki sejati). Jangan duduk dan senyapkan diri selepas lakukan semua ini.
“Kau lapor polis dan ada hak untuk hentikan wanita itu. Kenapa kau hilang? Kau berak sana sini kemudian hilang. Kau berak dalam negara aku pula.
“Tak perlu cerita isu gam, ‘banned ‘dan sebagainya, selesaikan isu ini sekarang dan dia (Sarah) berambus,” katanya kepada HibGlam selepas tayangan episod akhir drama Lelaki Itu di sini semalam.
Meskipun berang dengan kontroversi yang memburukkan imej dunia hiburan tanah air, Erma bagaimanapun tidak melabel pelantun lagu Sayang Sayang itu sebagai perosak industri seni tempatan.
Malah, dia juga menyifatkan perangai ‘playboy’ yang ada pada Aliff adalah perkara normal namun menjadi memburuk selepas kemunculan Sarah yang mendedahkan pelbagai perkara tidak sepatutnya termasuk mengheret beberapa nama lain seperti Meerqeen, Anna Jobling, Emma Maembong dan Chacha Maembong.
“Saya tak sifatkan Aliff sebagai perosak industri Malaysia tetapi saya cerita tentang perempuan itu.
“Playboy sebenarnya ramai, bukan Aliff seorang cuma tiada orang macam Sarah itu yang mahu dedahkan semua.
“Saya bukan nak halalkan apa yang Aliff lakukan tetapi itu sebenarnya perkara biasa.
“Seseorang perlu hentikan dia. Kalau semua orang diam, tiada perubahan yang akan berlaku,” ujarnya.
Terdahulu, Sarah menggegarkan industri seni negara apabila memuat naik puluhan tangkap layar perbualan WhatsApp Ruhainies dan Aliff sekali gus mendedahkan konspirasi menjatuhkan Bella serta hubungan romantis mereka.
Bukan sahaja Ruhainies, Sarah turut mengheret nama Sophia dalam pendedahannya dengan mendakwa Sophia masih berhubung dengan Aliff pada Mac lalu. – KOSMO! ONLINE
@hibglam.com.my Pengarah dan penerbit Erma Fatima menegaskan tindakan Sarah Yasmine membuat ‘kenduri selak kain’ artis Malaysia baru-baru ini tak sepatutnya diraikan orang ramai kerana merosakkan imej industri seni tanah air. Baca artikel penuh menerusi www.hibglam.com.my atau klik Bio. Jangan lupa follow Instagram, Facebook, TikTok dan X (Twitter) #hibglam #ruhainies #aliffaziz #sarahyasmine #ermafatima 📹 EMIRA SAIZALI