fbpx

[VIDEO] Penduduk Rantau Panjang terkejut gegaran letupan bom di Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sunyi di pekan Golok susulan letupan bom, malam tadi. - Foto MEDIA SOSIAL

RANTAU PANJANG – Insiden letupan bom yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand, tengah malam tadi, turut dirasai oleh penduduk di sini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada pukul 12.30 tengah malam waktu Thailand.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai San, 55, berkata, semasa kejadian dia dan keluarga sedang nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan bom.

“Saya turut rasa gegaran walaupun walaupun jaraknya agak jauh dari lokasi kejadian. Disebabkan keadaan sunyi, insiden berbalas tembakan turut didengari dengan jelas,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, sebentar tadi.

San memberitahu, susulan letupan itu berberapa pangkalan haram yang di terdapat sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang ditutup buat sementara waktu dan penduduk tidak dapat melakukan urusan masing-masing.

Terdahulu, tular klip video berkait insiden letupan dan berbalas-balas tembakan selepas ia dimuat baik oleh penduduk tempatan menerusi laman sosial Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI