fbpx

[VIDEO] Empat anggota polis Golok cedera insiden letupan bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sunyi di pekan Golok susulan letupan bom, malam tadi. - Foto MEDIA SOSIAL

KOTA BHARU – Empat anggota polis di Balai Polis Sungai Golok, Wilayah Narathiwat di Thailand dipercayai cedera dalam kejadian letupan bom dan berbalas tembakan tengah malam tadi.

Menurut sumber, keempat-empat anggota polis itu stabil meskipun mengalami kecederaan susulan kejadian tersebut.

“Difahamkan, kumpulan (penyerang) terbabit memang menyasarkan anggota keselamatan yang berada di balai polis tersebut.

“Setakat ini, pihak berkuasa di Thailand sedang mengesan individu atau suspek yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, insiden letupan bom yang dipercayai berlaku di kawasan Gualosira, Pasemas Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand, tengah malam tadi, turut dirasai oleh penduduk di sini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku pada pukul 12.30 tengah malam waktu Thailand.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai San, 55, berkata, semasa kejadian dia dan keluarga sedang nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan bom. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI