fbpx

Taylor Swift popular, tapi lagu tak ‘melekat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAYLOR SWIFT

MENJADI penyanyi paling laris global dengan peluncuran diskografi terbaharu, The Tortured Poets Department ​​​(TTPD), ada juga sebilangan artis senior di Barat yang tidak berpuas hati dengan kejayaan diraih Taylor Swift.

Penyanyi senior England, Neil Tennant mendedahkan dia tidak berasakan bahawa Taylor seorang penyanyi yang berkualiti.

“Saya tidak nafikan yang dia (Taylor) seorang yang sangat popular di seluruh dunia.

“Bagaimanapun, dengan populariti yang diraihnya kadang-kadang saya tertanya-tanya, mana lagu-lagu popularnya yang kekal menjadi siulan hingga hari ini,” ujarnya dalam satu wawancara.

Neil membandingkan impak ditinggalkan Taylor sebagai pemuzik dengan legasi ditinggalkan legenda, mendiang Michael Jackson.

“Mana lagu-lagu popular Taylor? Ada yang setanding dengan Billie Jean (nyanyian Michael Jackson)?” soal Neil yang juga merupakan seorang penulis.

Terdahulu, Taylor mencipta rekod menerusi album terbaharunya, TTPD yang meraih jumlah penstriman paling pantas mencecah satu bilion dalam tempoh kurang seminggu pelancaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI