fbpx

Pemuda Cina berjaya tamat latihan komando

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemuda Cina yang berjaya menamatkan Latihan Kursus Asas Komando Siri AK/1/2024.

PETALING JAYA – Seorang penuntut kursus asas komando menarik perhatian ramai apabila menjadi satu-satunya individu berbangsa Cina yang berjaya menamatkan kursus tersebut, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Berita Tentera Darat Malaysia, pemuda dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) itu tamat Latihan Kursus Asas Komando Siri AK/1/2024 di Pantai Betutu Laut, Sungai Udang, semalam.

Beliau yang berusia 25 tahun, ketika ditanya Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK), Mejar Jeneneral Adi Ridzwan Abdullah tentang tujuannya menyertai komando, berkata, ia disebabkan minat dan mahu berkhidmat untuk negara.

Dalam temubual berbeza, beliau memaklumkan, sebelum ini tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai latihan komando.

“Ketika saya mula berkhidmat dalam 515 askar wataniah, itulah pertama kalinya saya melangkah ke dalam dunia ketenteraan ini.

“Saya mendapat sedikit ilmu dan pengalaman serta pengetahuan tentang dunia ketenteraan. Kemudian saya diperkenalkan kepada dunia komando,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna melahirkan rasa kagum dan memuji semangat beliau.

“Tahniah, semoga dapat berkhidmat untuk negara dengan ikhlas dan sebaiknya,” kata Din Zainal.

“Hormat wataniah, kebanyakan yang lahir dari wataniah ini adalah daripada minat yang mendalam. Kami terdiri daripada golongan profesional tetapi dalam jiwa tetap askar,” kata Shed Md Safar.

“Tahniah tuan, masuk askar untuk mempertahankan negara. Saya amat terharu, saya dah lapan tahun berpencen, 22 tahun kerja mempertahankan negara,” kata Latiff.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 400,000 kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI