fbpx

Operator kilang maut motosikal bertembung bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal Muhamad Mursolehim selepas terlibat kemalangan dengan sebuah bas di Jalan Sungai Petani-Baling, Baling, kedah hari ini.

BALING – Seorang operator kilang maut apabila motosikal yang dia tunggang merempuh sebuah bas di hadapan Sekolah Menengah Baling, Jalan Sungai Petani-Baling pada petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.35 petang itu, mangsa dikenali sebagai Muhamad Mursolehim Ibrahim, 35, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati bas itu dari arah Stesen Bas Baling selepas menurunkan penumpang dan dalam perjalanan ke Parit Panjang.

“Mangsa yang menaiki motosikal jenis Honda Beat pula datang dari arah bertentangan dan dalam perjalanan balik ke rumahnya di Kampung Padang Cicar,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, sebaik sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung hadapan bas.

“Akibat daripada pertembungan itu, mangsa telah melambung dan terjatuh di tengah-tengah jalan.

“Mangsa telah dialihkan oleh orang awam ke bahu jalan dan akibat daripada kemalangan tersebut mangsa telah mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” ujarnya.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Daerah Kulim untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI