fbpx

Mohamed Khaled mulakan lawatan rasmi di Indonesia hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (kanan) tiba di Jakarta, semalam bagi mengadakan lawatan kerja rasmi pertama ke republik itu selepas dilantik sebagai Menteri Pertahanan Disember tahun lalu.

JAKARTA – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memulakan lawatan kerja rasmi ke Indonesia hari ini, sekali gus memperkukuh hubungan diplomatik yang sedia terjalin antara Malaysia dan negara republik tersebut.

Ia merupakan lawatan kerja rasmi pertama Mohamed Khaled ke Indonesia selepas dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 12 Disember 2023 yang lalu.

Menerusi program selama dua hari itu, Mohamed Khaled dijadualkan bertemu dengan Menteri Pertahanan Republik Indonesia yang juga Presiden Terpilih, Jeneral Prabowo Subianto pada Selasa.

Selain pertemuan rasmi bersama Prabowo, Mohamed Khaled juga akan mengadakan lawatan industri hari ini ke PT Millennium Pharmacon International (MPI) Tbk iaitu syarikat milik Pharmaniaga Berhad yang beroperasi di Indonesia.

Rangka lawatan itu juga diteruskan dengan acara bertemu diaspora Malaysia di Jakarta, malam ini.

Terdahulu, Prabowo dipilih sebagai Presiden Indonesia selepas menerima lebih 96 juta undi atau kira-kira 58.6 peratus daripada jumlah keseluruhan pada Pemilihan Umum Presiden Indonesia 2024 yang lalu.

Pada masa sama, Prabowo juga memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan dalam Kabinet Presiden Joko Widodo (Jokowi) sejak tahun 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI