fbpx

Minta maaf masa kes khalwat meletus, bukan sekarang! – Didie Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Didie musykil dengan tindakan Ruhainies yang hanya terhegeh-hegeh memohon maaf kepada kakaknya, Bella selepas pembongkaran terbentang satu Malaysia.

PETALING JAYA – Sekian lama berdiam, adik kepada Bella Astillah, Didi Astillah tampil mempersoalkan tindakan pelakon Ruhainies yang hanya ingin berdamai selepas kontroversi meletus.

Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 27, mengakui hilang sabar dengan tindakan aktres itu yang memohon maaf selepas lebih sebulan kes khalwat dengan abang iparnya, Aliff Aziz berlaku.

“Kenapa sekarang? Kenapa bukan masa kes khalwat? Kak Long saya (Bella) tengah sibuk kerja kat China.

“Dah lah kau fitnah sini sana. Mereka ini lupa hujung-hujung kebenaran itu akan berpihak pada orang baik,” tulisnya dalam Instagram.

Menurut pelakon drama Leha Leya Lawa itu, sebelum ini dia enggan masuk campur urusan kakaknya biarpun ahli keluarga wanita yang berkhalwat dengan Aliff ‘rancak’ mengeluarkan hujah.

Namun apabila menonton temu bual dengan aktres tersebut dalam sebuah program hiburan mendorongnya untuk membuka mulut.

Didi mendakwa Ruhainies mahu berdamai selepas mesej perbualan dengan Aliff tular sebaik didedahkan kekasih aktor itu, Sarah Yasmine beberapa hari lalu.

“Selama ini saya diam sahaja tapi adik-beradik sebelah sana sibuk ‘backup’ dia siap buat kenyataan palsu pasal tangkapan khalwat.

“Tapi bila nampak si manipulator ini buat ‘interview’ niatnya nak minta maaflah, berdamailah terus ringan jari ini nak menaip,” ujarnya lagi.

Menerusi perkongsian sama, Didi turut menyenaraikan fitnah yang dilemparkan Ruhainies, selain rancangan menjatuhkan kakaknya.

“Tiba-tiba sahaja sekarang buat muka sedih konon nak berdamai hanya selepas viral perbualan dia ‘ber L U, LUSM’ tu. Anda semua tolonglah sebut (nama) dia okey, sebab (saya) tak boleh sebut.

“Cakap Bella yang perangkap khalwat, ⁠memburukkan Kak Long di set (Bella ada bukti ya). ⁠Cakap team Bella pergi email jenama untuk jangan ambil Ruhainies.

“Rancang cara nak jatuhkan Bella sedangkan kes khalwat itu salah sendiri dan paksa Aliff malukan Bella lagi sampai sanggup buat akaun palsu pakai ‘cyber-troopers’ kecam Bella (jahat nauzubillah macam sinetron),” tulisnya lagi.

Terdahulu, selepas cubaan bersemuka dengan Bella dan kekasih Aliff, Sarah ditolak, Ruhainies sekali lagi memohon maaf ketika diwawancara dalam sebuah program hiburan, semalam.

Turut trauma susulan tangkap khalwat pada awal Mac lalu, dia mengakui ujian yang berlaku menjadi pengajaran buatnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI