fbpx

Lelaki Korea Selatan pesan makanan guna bahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki Korea Selatan bercakap dalam bahasa Melayu ketika memesan nasi padang di sebuah kedai di Singapura. - Foto s/TikTok/Feliciasongggg

SINGAPURA  – Seorang lelaki Korea Selatan mencabar diri sendiri untuk berbahasa Melayu semasa memesan hidangan nasi padang di sebuah kedai di Singapura, lapor portal berita AsiaOne hari ini.

Isterinya, Felicia Song merakam klip video percubaan suaminya memesan makanan yang kemudian disiarkan di platform TikTok,

Menjelang percubaannya, si suami berkata: “Hanya menggunakan bahasa Melayu untuk memesan (nasi padang) adalah sukar, namun, saya mahu mencubanya. Saya akan berusaha  melakukannya dengan betul.”

Dalam rakaman video itu, penjual nasi padang  bertanya sama ada dia berasal dari Malaysia kerana bertutur menggunakan bahasa Melayu sebelum lelaki tersebut menjawab bahawa dia datang dari Korea Selatan.

Dia turut membelek buku nota kecil untuk mencari perkataan bahasa Malayu yang bersesuaian ketika membuat pesanan.

Antara perkataan bahasa Melayu yang disebut termasuk nasi putih, rendang, telur, pedas dan terima kasih sebelum dia makan nasi padang hingga habis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI