fbpx

Koperal polis didakwa terima rasuah tahanan lokap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Alif (dua dari kanan) didakwa menerima rasuah daripada keluarga tahanan lokap di Mahakamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang anggota polis berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1,450 daripada keluarga tahanan lokap, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Muhamad Alif Abdul Jamal, 33, yang bertugas Balai Polis Chukai, Kemaman, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik semua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah memperoleh suapan RM1,450 sebagai balasan memberi kemudahan istimewa kepada seorang tahanan lokap.

Suapan yang dibayar ke dalam akaun bank Muhamad Alif tersebut didakwa sebagai dorongan membenarkan tahanan lokap tersebut menggunakan telefon bimbit selain turut membekalkan rokok sepanjang berada dalam tahanan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Balai Polis Chukai, Kemaman pada 17 April 2021 dan 30 November 2021.

Dia didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mariah Omar dan Pegawai Pendakwa SPRM, Nur Raihan Mohd. Yusof manakala tertuduh pula diwakili peguam, Masliela Ismail. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI