fbpx

Keputusan inkues kes Baby Syifaa, 31 Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peguam mewakili keluarga Baby Syifaa, Gaithri Thomas berbincang dengan Anida Idrus dan Yuseri Yusoff pada prosiding inkues di Mahkamah Koroner, Seremban, hari ini, bagi menyiasat punca kematian bayi perempuan Nour Rania Asyifaa Yuseri, atau 'Baby Syifa,' di sebuah pusat asuhan di Bandar Sri Sendayan Februari dua tahun lalu. FOTO NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

SEREMBAN – Mahkamah Koroner, di sini, hari ini, menetapkan 31 Julai depan untuk keputusan inkues kes Baby Syifaa atau Nour Rania Asyifaa yang telah dilaksanakan prosidingnya lebih setahun lalu.

Koroner, Datin Surita Budin turut menetapkan 25 Jun ini sebagai tarikh untuk memfailkan hujahan bertulis dan 9 Julai tarikh bagi hujahan balas sebelum keputusan diberikan.

Seramai 28 saksi dipanggil memberi keterangan termasuk ibu dan bapa Baby Syifaa sepanjang prosiding inkues bermula 22 September 2022.

Terdahulu, saksi akhir, Nur Asyikin Zakaria, 39, yang merupakan jiran pusat asuhan Baby Syifaa telah memberi keterangan.

Mahkamah turut memainkan rakaman audio perbualan antara keluarga Baby Syifaa dengan suri rumah terbabit menerusi pertemuan diadakan mereka pada 29 Ogos 2022 di sebuah rumah kelab di daerah ini.

Selain itu, menerusi audio berkenaan, Nur Asyikin turut memberitahu terdapat seorang lelaki tidak dikenali telah datang ke taska pada waktu pagi dan petang berjumpa dengan pengasuh taska.

Menurutnya lagi, selepas beberapa hari kejadian, dia melihat sebuah kereta Proton Saga berwarna merah dipandu pengasuh seolah-olah membuat rondaan di lokasi kejadian.

Suri rumah terbabit yang kini menetap di Johor Bahru telah pun dipanggil pada prosiding Januari lalu, namun gagal untuk hadir sebelum mahkamah mengarahkan notis sapina diserahkan.

Media sebelum ini melaporkan, Baby Syifaa atau nama sebenarnya Nour Rania Asyifaa yang berusia 15 bulan ditemui tidak sedarkan diri dalam buaian di sebuah bilik di pusat asuhan di Taman Nusari Aman di Bandar Sri Sendayan pada 22 Februari 2022.

Pada 30 Mac 2022, Yuseri mendakwa anaknya dijerut dan bukan meninggal dunia disebabkan kepala terjerut pada kain buaian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI