fbpx

Imigresen buru Amin, Ikbal, Romaiyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga warga Indonesia yang diburu JIM bantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Akta Pasport 1966.

PUTRAJAYA – Tiga warga Indonesia diburu Jabatan Imigresen (JIM) bagi membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Akta Pasport 1966.

JIM dalam hebahan hari ini memaklumkan, semua mereka dikenali sebagai Amin dengan nombor pasport C9987289, Ikbal (C9656690) dan Romaiyah (E0737536).

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta supaya menyalurkan maklumat.

“Orang ramai boleh berhubung terus dengan Timbalan Penolong Pengarah, Jamirul Aspar Arsad, Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat JIM, Putrajaya di talian 03-88801338/1330 pada waktu pejabat.

“Bagi Bilik Gerakan 03-88801555 pula, selepas waktu pejabat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI