fbpx

Baru bebas penjara, lelaki didakwa lagi rompak wanita balik kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini. - foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Tidak sampai dua bulan dibebaskan dari penjara, seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merompak seorang wanita yang sedang berjalan kaki pulang dari tempat kerja, minggu lalu.

Tertuduh Muhammad Syafiq Hanif, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa merompak sebuah telefon bimbit milik M. Kavina sehingga menyebabkan mangsa kerugian kira-kira RM200.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 8.40 malam, di tepi jalan Tun Fatimah dalam daerah Melaka Tengah pada 21 April 2024, manakala jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Tertuduh dikatakan berpura-pura meminjam telefon bimbit mangsa sebelum melarikannya dan difahamkan, dia baharu sahaja selesai menjalani hukuman penjara lima tahun pada Februari lalu atas kesalahan sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Syazwanie Marizan tidak mencadangkan sebarang jaminan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan tarikh 4 Jun depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI