fbpx

Ancaman bom: Pekerja stor mengaku bersalah, denda RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja stor mengaku bersalah atas kesalahan ugutan jenayah.

SEPANG – Seorang pekerja stor mengaku bersalah atas kesalahan ugutan jenayah kerana menulis ancaman bom pada satu bungkusan yang ditemukan di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis lepas.

Lelaki berusia 23 tahun itu dituduh di Mahkamah Sepang, hari ini di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan dijatuhkan hukuman penjara empat hari bermula pada hari tangkapan dibuat dan denda RM3,000.

Tertuduh, Muhammad Rozali Rahim, 23, yang tidak diwakili peguam itu membuat pengakuan ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Mengikut kertas pertuduhan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sabrina Zubairi, dia dituduh dengan sengaja menakutkan secara jenayah kepada seseorang dengan menulis ayat ugutan “Awas Jangan Campak Nanti Meletup!! Ini Boom!! pada bungkusan kiriman seseorang, di Mesin Pengimbas di Pusat Kargo KLIA di sini, pukul 11.42 pagi Khamis lalu.

Tertuduh kemudian membayar denda dan dibawa ke Penjara Satelit Beranang untuk dokumentasi Jabatan Penjara Malaysia sebelum dibebaskan.

Terdahulu, Muhammad Rozali ditahan polis pada Khamis lepas selepas berjaya menjejaki alamat penghantaran pada bungkusan berkenaan.

Ketua Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, siasatan awal mendapati, suspek mengaku ada menulis di atas balutan plastik hanya untuk bergurau tetapi tidak sempat memadam kerana bungkusan tersebut telah diambil oleh ejen kurier.

Pada hari kejadian 25 April lepas, pekerja di Pusat Kargo KLIA menemui sebuah objek tertera tulisan ancaman ‘AWAS JANGAN CAMPAK NANTI MELETUP INI BOOM’ selepas mengimbas sebuah bungkusan.

Susulan itu, pihak polis terpaksa mendapatkan khidmat Unit Pemusnah Bom PDRM dan mengambil tindakan menyelamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) menggunakan ‘Whell Barrow Mk 8 Plus Il’ dan satu butir ‘Cartridges L2 A1’.

Setelah prosedur tembakan dilakukan, didapati bungkusan tersebut mengandungi sebuah komputer riba dan pengecas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI