fbpx

Salam Perantauan 29 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELAMAT Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat seluruh ahli keluarga tercinta terutama ayahanda, Mohammad Ramli dan ibunda, Aminah, rakan-rakan, guru-guru dan seluruh rakyat Malaysia.

Daripada: Nurulhuda
Lokasi: Manchester, United Kingdom

 

SELAMAT Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat keluarga di Bota dan Teluk Intan, Perak serta rakan-rakan yang mengenali.
Semoga raya kali ini membawa sejuta rahmat buat kita.

Daripada: Hafizah Muhamad Azlan dan Mohd. Faridzul Mohamed Yusof
Lokasi: Ottawa, Kanada

 

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kaum keluarga terutamanya ibu dan ayah serta adik saya di Setiawangsa, kaum keluarga di Taman Melawati (Kuala Lumpur), Kedah, Perlis dan Melaka.
Tidak dilupakan kepada semua guru-guru, pensyarah serta rakan-rakan yang mengenali insan ini.

Daripada: Muhammad Syafiq Ahmad Sabri
Lokasi: University of Liverpool, United Kingdom

 

SALAM Aidilfitri buat ibu dan abah serta keluarga yang berada di Pulau Pinang.
Tahun ini merupakan tahun kedua angah beraya di perantauan.
Semoga ada rezeki untuk kita raya bersama pada Syawal akan datang.
Tidak lupa juga kepada seluruh rakan dan kenalan yang berada di Malaysia.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Daripada: Anisha Azman
Lokasi: Hungary

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI