fbpx

Tular hidangan durian goreng bercili

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan seorang penjaja menggoreng durian sebelum memasukkan strawberi ke dalam kuali. - Foto D197 Durian Brother Pte Ltd/Facebook

SINGAPURA  – Sebuah rakaman video yang memaparkan hidangan durian goreng di China menjadi tular di media sosial Singapura, namun ramai menyatakan rasa tidak tertarik untuk mencubanya, lapor portal berita Today.

Dalam video yang disiarkan di Facebook baru-baru ini, kedengaran seorang pelanggan memesan semangkuk nasi durian dalam bahasa Mandarin daripada seorang penjaja jalanan.

Penjaja itu kemudian menambah lobak merah, bahan perasa, bawang putih dan cili padi cincang ke dalam kuali.

Dia turut memasukkan segenggam buah strawberi ke dalam kuali.

Peniaga tersebut kemudian menambah gula, kicap, daun ketumbar dan bawang hijau yang dicincang sebelum akhirnya menyenduk adunan ke dalam mangkuk nasi putih.

Pelanggan tersebut membuat kesimpulan pada akhir video bahawa hidangan itu lazat tetapi tidak menepati citarasanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI