PASUKAN Sri Pahang mengharapkan tuah gelanggang baharu apabila bakal bertemu Kelantan Darul Naim (KDN FC) pada aksi pramusim di Stadium MP Temerloh malam ini.
Ketua Pegawai Eksekutif skuad Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang optimis pemain Sri Pahang mampu menyesuaikan diri sekali gus menewaskan pasukan dari negeri jiran pantai timur itu.
“Kita beraksi di Stadium keramat Temerloh dengan pasukan yang dilihat beraksi lebih baik dari musim lalu.
“Dengan persediaan awal di bantu pemain berpengalaman dan baharu ,mudah mudahan kita bermula dengan kemenangan,” katanya .
Mengulas lanjut, Mohammed Suffian turut berharap ribuan penyokong dapat datang memberi sokongan kepada pasukan Sri Pahang yang tidak asing dengan gelanggang itu selain Stadium Darul Makmur di Kuantan.
“Saya yakin penyokong setia Sri Pahang terutama kawasan Felda berhampiran akan membanjiri stadium walapun hanya mampu stadium itu hanya mampu menampung sekitar 10,000 penonton sahaja,” katanya.
Sri Pahang diperkuat dengan 25 pemain iaitu 19 pemain tempatan dan enam import serta mengekalkan Fandi Ahmad sebagai ketua jurulatih untuk musim kedua. – KOSMO! ONLINE